Sunday, October 4, 2009

SKRIP/SBOARD PERANG KAMPUNG.

SKRIP
D ‘perang kampung
PAGE 1
- Di sebuah planet kelihatan ada letupan kecil.Zoom lagi dekat ke letupan itu,zoom lagi dekat planet kelihatan berjerebu debu asap yg kuat dan tebal.
PAGE 2
-kelihatan dua makhluk asing seperti sedang hendak bertempur,seorang lagak nya sedang berlari dan seorang lagi sedang merangkak seperti binatang berlari .
- kemudian mereka meluru berlari dan semakin hampir.
-apabila mereka mendekati ,letupan berlaku dan asap pun menyelubungi .
-asap di belah oleh satu bulatan medan kuasa dan dalam keadaan gelap ada makhluk didalam medan bulatan itu.
PAGE 3
-masih dalam planet yang sama tetapi dikawasan yang lain;tempat ini amat teruk dan banyak berlaku runtuhan bangunan , kelihatan makhluk di planet itu sedang ketakutan.
-kembali balik ke kekawasan terjadi nya petempuran itu berlaku.kelihatan dua makhluk asing itu keletihan jatuh terbaring (hingh angle),kawasan itu seperti kawah berselerakan.
-mereka berdua bangun kesakitan .
PAGE 4
-permandangan dari belakang medan bulatan,kelihatan dua makhluk asing yang bertempur tadi tercengang terlihat medan bulatan itu.
-dalam medan bulatan itu adalah raja sabut’e raja planet monkulo ,mereka ini sebenar nya tengah mengadakan latihan berperang.
- raja sabut’e itu memarahi mereka oleh di sebabkan dia tak puas hati dengan reputasi pahlawan nya,dia konon nya membawa pendekar – pendekarnya berlatih di mana planet berdekatan nya supaya pendekarnya dapat menyesuaikan dengan keadaan berperang walau di mana mereka berada dengna bertujuan yang suatu hari nanti raja sabut’e boleh menawan planet –planet di sekitarnya.
-tapi macamana pun raja itu suka dengan gaya latihan mereka.
PAGE 5
-makhluk yang bermuka cuak itu tadi dengan senang hati gembira dengan keputusan raja mereka yng memberikan sedikit kepuasan di hati.
-kemudian raja sabut’e terpikir sejenak kerana banyak sudah planet telah di musnah kan kerana sifat angkuh nya membawa pendekar –pendekarnya berlatih di planet – planet yang berada di kawasan linkaran planet mereka.kerana selepas dari planet ini tiada planet lain yang berdekatan untuk mengadakan latihan.
-salah sorang dari makhluk raja itu menyampuk dan menyatakan ada lagi planet yang masih baik iaitu planet yang dinama kan bumi.
-kemudian raja berpikir memang itu satu cadangan yang baik.anak raja sabut’e yang berada dekat di situ terkejut apabila terdenga sesuatu mengenai bumi.
PAGE 6
-raja seperti pernah dengar planet yang bernama bumi itu kemudian kelihatan putera serabut’e
Mendekati ayahanda nya.
-dia bertanya kepada ayahanda nya betulkah mahu ke sana,kerana serabut’e pernah ke bumi dia sangat suka kan bumi kerana ada sejarah nya bumi dengan keluarga nya.
-ayahanda nya memagn selalu memperlekahkan nya kerana dia minat dalam bidang sains alam semulajadi ayahandanya mahukan dia menjadi pendekar yang kuat ,teap anpa nak buat sudah minat dia di situ.
-serabut’e menerang kan yang berkemungkinan orang bumi sangat kuat
PAGE 7
-ayahandanya memarahi nya kalau dia tahu sangat mengenai bumi .
-sabut’e tidak memberitahu yang dia pernah ke bumi Cuma dan dia memberi alasan yang lain,dia mengetahui bumi melalui internet yang mempunyai jalur lebar tanpa wayar iaitu WIFI.
-serabat’e terkejut kerana bumi mempunyai wifi sebab kat planet dia takde wifi,dia sangat terkejut dengan kecanggihan bumi ini dia berasa amat tercabar.
PAGE 8
-dengan rasa cemas dia mengarahkah anakanda nya untuk pergi siasat,sabut’e dengan rasa bangganya dia sangat bersetuju dengan keputusan ayahandanya.
-sabut’e sangat gembira kali ini dia dapat keizinan ke bumi kerana sebelum ini dia akan menyeludukan diri nya untuk kebumi.
-serabut’e mengarah kan semua pulang ke kapal induk.
-kelihatan dari satu sudut luas bandar di planet yang telah rosak,kelihatan ade beberapa ,makhluk di planet disitu dan beberapa bulatan medan tenaga meluncurke atas langit.


PAGE 9
-kelihatan ada kapal peluncur yang sederhana sedang menunggu,beberapa bulatan medan tenaga itu menuju kearah kapal itu.
-zoom kearah bawah kapal itu kelihatan mereka telah masuk kedalam dan pintu permukaan bawah kapal itu ditutup.
-kapal yang sederhana itu meluncur laju meninggal kan tempat itu segera dan suasana menjadi sunyi kelihatan planet – planet dan bintang – bintang di angkasa.
-dari celahan – celahan planet – planet itu semua terlihat planet bumi.
PAGE 10
- zoom kearah planet bumi hingga Nampak dekat lagi.
-zoom terus ke arah Malaysia zoom lagi kearah negeri Pahang.
-cut ,dalam waktu tengahari dalam sebuah kampung ada sebuah rumah.
PAGE 11
-malid berada di bawah rumah sedang terhendap-hendap dia ternampak rambut ah sok di belakang pokok besar itu.ikut dia.
-dia mengangkat tangan nya mengarahkan suresh dan yazid .
- mereka bertiga berjalan di bawah rumah penuh berhati – hati.
PAGE 12
-malid berseorangan pergi ke pokok itu dan memberikanisyarat supaya mereka tunggu di bawah rumah lagi untuk mengawasi mereka.
-malid bersedia di pokok itu untuk menyerang.
-dia menyerang dan terkejut apa yang dia lihat ada lah penyapu yang di buat menyerupai rambut ah sok.
-dan malid sudah di serang hendap ah sok berada di bawah serkop ayam member arahan pada malid agar menyerah diri.
PAGE 13
-ah sok berkata dengan berlagak sekali dan malid mengarahkan rakan – rakan nya yang lain keluar membantunya
-peluru dari ah sok sedang meluru ke arah malid .
-che we sedan berada ti tepi rumah di tempat yazid dan suresh sedang menunggu tadi,tujuan dia untuk mejatuh kan mereka berdua dengan tali.apabila merak lalu che we akan tarik hingga tali tu tegang


inilah sebahagiang dari skrip atau sboard untuk perang kampung ,selebihnya tunggu je la komik tu siap pas tu bace je kat komik yang siap itu heheh...

Wednesday, September 16, 2009

CHARACTER DESIGN





malid ,suresh dan yazid dari kumpulan kampung sembai,
ah sok ,ayu dan che we dari kumpulan kampung sentang,
raja serabat'e raja planet monkulo,dan sabute anak dia,
aimin ni pelik skit dia pasukan keselamatan,fungsi nya
akan di ketahui kelak nanti.

#pape pun mintak maaf pada penerangan atu penulisan yang
agak biol di setiap karakter di atas ye.baca tu buat paham -
paham udah la.

contoh komik

perang kampung sinopsis.


Sinopsis

Cerita ini mengisahkan beberapa kanak-kanak di kampung sembai dan kampung sentang bermain perang –perang mewakili kampung mereka.setiap kumpulan mereka terdiri dari tiga orang setiap kumpulan.

Sedang mereka bermain perang – perang meraka telah berjumpa dengan seekor makhluk asing berbentuk monyet sabut’e nama nya dia datang kebumi kerana ingin mencari sepasukan orang bumi yang hebat untuk di beri amaran supaya menghalang niat buruk bapa nya.

sabut;e adalah anak raja dari planet munkolo iaitu raja dan dia suka membawa pahlawan nya pergi berlatih kekuatan sesama mereka di planet-planet lain dan kebanyakkan planet akan musnah teruk atas latihan beradu tenanga di antara pahlawan nya.

Jadi banyak sudah raja munkolo itu pergi dan sudah banyak planet musnah teruk jadi dia mencari tempat sesuai untuk pahlawannya berlatih beradu tenaga. Jadi sedang dia mencari dia terjumpa bumi,lalu dia mengarah kan semua tenteranya ke bumi untuk mengadakan latihan.anak raja itu sabut’e itu tidak bersetuju kerana dia pernah mengkaji bumi ini kerana tiada planet yang terbaik dari bumi dia cintakan keindahan jadi keindahan bumi membuatkan dia sekali lagi menentang orang tuanya bukan hanya bumi sahaja dia membantah bah kan semua planet yang ayahandanya pergi dia membantah.

Jadi dia membuat cerita dan berkata dengan bapanya supaya dia di beri tempoh untuk pergi kebumi mencari pahlawan untuk menunjukkan yang penduduk bumi ini hebat dan tidak boleh di perlekehkan.kemudian dia turun ke bumi dan berjumpa dengan kanak – kanak yang sedang bermain .

Setelah si serabut’e menceritakan hal sebenarnya kepada mereka dari situ lah berbagai muslihat dirancang.dan selang beberapa hari turun lah raja munkolo dan kanak-kanak di kampung itu sudah sedia menanti dengan perasaan bercampur aduk takut dan bersemangat.adakah helah muslihat mereka menjadi atau sebaliknya.disini lah babak yang akan menyaksikan kanak-kanak ini akan menggunakan taktik dari permainan kampung untuk menakutkan pahlawan munkolo.